Sunday, July 26, 2015

Dari CFS ke Taman Jaya, Petaling Jaya

Salam gais
*sengih sampai telinga*

[0036 hours]
aku nak curi masa kejap. Even duk tengah busy ni, takde mood nak tulis entri ni, sambil tengah buat tuto sekarang ni.. nak jugak kongsi cerita ni.sebelum basi. hehe
Just nak cerita sikit pasal riadah pagi tadi je. hahaha. Planning pon on the spot je. Tut2 pakat setuju semua nak keluar pagi2 pergi Taman Jaya.
Tempat ni memang aku selalu kerap pergi dengan dak2 Gayong je. Kalau bukan mereka siapalah lagi nak ajak aku. huhuhu. (hashtagforeveralone).
Nak cerita briefly je, kot2 ade budak CFSIIUM,PJ tengah2 boring lepas tuh coincedentally search tempat nak lepak kawasan PJ ni sambil2 nak melayan perasaan. Haaa. aku recommend boleh pergi Taman Jaya ni.

kalau tak tau cara nak pergi. Senang je cara die. naik je bas hijau (bas ko hijau. hehe) kalo tak silap, nama bas ni City Bus PJ.. Nak naik bas ni, kite kena tahan sendiri sebab ia tak sama macam bas metro or rapid KL yg die berhenti kat tepi main gate tuh.. Dah naik bas tuh cakap je kat pakcik driver bas tuh nak pi Taman Jaya. SETEL.

hahh. ni bas ko hijau.
*gambar ihsan google*
Kalau sem lepas2 aku pergi Taman Jaya ni tak banyak pon mende aku buat. Sebab pergi dah ade aim, So, bila sampai tuh terus buat je yg nak buat. macam kami pergi main rollerblade. Rollerblade pon ade je servis die; bayaran ikut mase. best wehh. hahaha best part jatuh tuh. kahkah. Tapi kali ni lain. Pergi tanpa hala tuju. Kononnya nak pergi exercise. Tapi kira jadilah sebab keluar peluh beb sebab kami buat banyak aktiviti. hahaha.

ni kenangan sem lepas dengan senior gayong.
main roller blade dengan dorang.
hmm. rinduu :')

Ok. At first sampai tuh, semua pergi terjah buaian, gelongsor, jongkang-jongket n seangkatan waris2 nya. haha. Maklumlah tak ramai sangat orang pagi-pagi. So, tak yah nak berebut bagai dengan budak2. kahkah.
Then, Kami sewa basikal. Bawak round satu taman. Fuhhh. puas hati jugakla.. sebab ingatkan kecik je taman ni.. Tapi agak besar jugakla kalau explore baik2. Eh lupa nak bagitau harga. Kita boleh sewa setengah jam- 5 hinggit. Kalau lebih setengah jam, tak sure la kena bayar berape. Orang bagitau kenatambah 5 hinggit lagi. Tapi bagi aku setengah jam tuh dah cukup untuk bawak basikal round satu taman tuh. Siap racing lagi. muahahaha.

hahhh. geng basikal.
geng racing, hahaha

Lepas tamat masa setengah jam tuh, pergi terjah pulakk gelongsor. kahkah. Lepas tuh kat sana jugak ade equipments macam kat gym. Aku ade la jugak try guna mende ni. hahaha. Habis main tuh layan perasaan kejap buat hilang peluh then kami blah dari situ..
Nah. payung gambar sikit.

haha. hanya ni je kami mampu naik..
Satisfaction.. DONE !
muehehe

ade kisah di sebalik pokok lejen ni.
Tuh je. hehe

Ok, sekian dulu. mat malem gais.






Sunday, July 12, 2015

Balik Kampung Raye Pose

salam gaiss.

Alhamdulillah balik raya tahun ni awal sikit. hehe. Tak de ar aku bertapa atas bas 15 jam sebab makan jem straweri. kalau hari ni dah cukup 3 hari aku sampai kat rumah.. Balik ni memang feeling cuti raya habis. Buku tuh langsung tak buka lagi. hahahaha. 

Tiap balik cuti raya mesti ade je makanan yang aku mengidam nak makan. ibarat separuh mati la. hahaha. Biaselah mulut ni dah biasa diajar makan makanan kampung. Haha kadang2 tuh bagi makan KFC pon tak rase puas selagi tak dapat makan ape yang aku nak makan .Mungkin boleh dikatakan nafsu jugak. hahahaha. Almaklumlah bulan pose. Tapi kalo makanan ni senang nak jumpa kat KL takde lah melarat sangat sampai balik rumah ni kalau boleh nak cari terus.

First sekali makanan yang aku nak makan sekali SOM TAM. Ramai je kawan-kawan yang duk luar Kelantan ni tak kenal. Mungkin salah satu faktor, makanan ni asal siam.. Asal pon dari siam. So, bahan dia pon mesti lah dari siam. Bukan takde kat sini tapi susah sikit nak jumpa. Mungkin sebab tuh kott. Kalo bab2 siam ni mesti ade yg ragu2 kan. Dont worry guys, it's halal.. Ma aku pernah buat tapi aku tak ingatlah pulak die campak ape. Yang aku tau die guna betik muda, parutkan die lepas tuh kena tumbuk dalam lesung kalo tak silap la. haha. lupa2. Kalo tanye cik Google in shaa Allah dapat.

meh nak payung sikit gambar.
Gambar pon ihsan dari cik google. haha

The second is NASI KERABU. Haha yang ni memang klise la budak2 kelantan di perantauan akan kempunan nak makan.. Memang ade jual nasi kerabu kat bazaar. Kat cafe pon ade tapi tak samaaaa dengan kelate punya. huhuhu #siscuba #sisredha #sisbersyukur. Mungkin tak sama dari segi die sediakan. Contoh ar.. kalau kat Cafe, budu tuh die masak .. haha aku pon tak sure budu ke tumis. tapi time sedap tuh memang sedap. Time kureng tuh.. emm emm emm. boleh la kalo nak makan tuh. sebab tuh la kalo balik tuh mesti ade je bukak pose dengan nasi kerabu, Sebab ma aku dah paham dengan anak2 die ni. muahahahaha. 

yang ni pon ihsan cik google


seterusnya kuih AKOK. Yang ni memang jarang nak jumpa kat sana. kalo jumpa pon rase die tak sama. Sebab sekarang ni susah nak jumpa orang buat dengan cara yang memang pure. Tak guna dapur gas, Tapi guna dapur kayu.. guna sabut kelapa. kalo kena tempat tuh memang umphhhh. haha. Kawan aku pon ade je yang tak kenal kuih ni.. tapi kalo yang tak pernah makan tuh siyes wallahi best cenggini *thumbs up*..

yang akak ni buat cara yang betul..

memang menggoda betul ar.. *sapu mulut*


Setakat balik ni aku just boleh kata 'CRAVING SATISFIED' hahahaha. Alhamdulillah parents aku memahami..




Friday, July 3, 2015

Broga Hill_Ramadhan

Salam gais..

Hehe. nak sambung entri yang sebelum ni pasal cerita broga (http://aisyahtajudin.blogspot.com/2015/07/iftar-di-brogasemenyih.html)  yg ni hanya sampai sumbangan je.. Selepas sumbangan diagihkan kami kami bukak puase sama2. Then, solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah.. Lepas terawih, kami ke rumah salah sorang penduduk kg orang asli kat sini kalau tak silap aku nama Kak Lina. huhu. bukan saje2 lupa tapi nama die macam nak same je dengan people around me. Confuse pulak. kikiki .

 ok, continue cerita..

kami tido kat sana, masak kat sana, hmm kalo sembang tuh takde la sangat sebab semua tengah penat So, yang tak libatkan diri dengan masak tuh terus tido.Zzzz. Mesti ade tertanya2kan masak untuk ape.. nak bagi penduduk kg makan ke,, nak buat makan2 dengan famili Kak Lina ke.. haaa, sebenarnya kami masak untuk sahur esok.. Wuuuuu, haha tak pernah aku masak untuk sahur.. kuikui. Dah kat rumah mak aku gerak sahur makanan dah siap. Tunggu untuk makan je. ish2 anak dara ni.. *emoji monyet tutup mata*. Nasib baik ramai chef yang boleh masak almaakulat allazizah. hahaha.

Ni lah geng masterchef .
yang bergerak tuh aku. agresif sikit bab2 masak ni. hahaha

And tomorrow morning jugak.. we're going to hike Broga Hill!!. yeahhhh. dah lama aku tunggu saat2 ni.. Since sem1 first year kat CFS ni lagi aku simpan hajat nak pergi sana. Akhirnyaaaa *terharu* *kesat air mata*. Mula2 bile dorang inform the next iftar kat perkampungan orang asli kat Broga, fikir banyak kali jugak nak pergi ke tak atas beberapa faktor (termasuk bulan pose).. Tapi bile termenung berjam2 baik buruk, aku nak join jugak.. Bila lagi nak merasa hiking kat sini.. Kalau nak harap pergi sendiri lambat ar lagi. Transport, masa, yang tuh la kot yang paling bermasalah untuk pergi sane sendiri2 punya.. So, i grabbed this chance before going to feel regret.. hehehe.

Pagi tuh kami bangun dalam pukul 3.40 a.m. orang kejut terus bangun tak rasa mengantuk ke apa ke.. excited sangat..kahkahkah. Lepas siap kemaskan diri, kami menuju ke surau sebab nak sahur hasil air tangan kami tadi.. Frankly to say,, ayam masak kicap tuh serious sedap.. hahaha. Kalau chef tuh baca blog aku ni mohon jangan kembang hidung besar sangat . kahkahakah..
Lepas sahur tuh kami buat light stretching sikit.. Lepas tuh dalam 4.45a.m. baru kami bertolak ke Broga Hills.. Duration nak sampai sana dari tempat kami tuh tak sampai 10 minit pon aku rase..
 Sampai sana, aku baru tau yang Abang lan yang akan guide kami.. Terbaiklah Abang lan..cenggini*thumb up* Gigihnya dia nak bawak kami ke puncak..hahaha. Duration nak sampai puncak tuh 2 jam setengah minit. Tapi kalau tolak dengan masa kami solat, sembang, bergambar, tazkirah ringkas mungkin dalam 1 jam setengah lebih2. Memang puas hati sangat sangat sangatttt sangattt even kami hike dalam bulan pose. WORTH IT. CONTENTED. HAPPY. EXCITED. haha kalau nak suruh describe dengan perkataan tuh aku rase memang takkan habis la aku tulis..

Ni lah Geng Broga aku utk first time.
In shaa Allah akan ade next time. hikhok



Girls be like.. *klip*



haaa. gigihnya dorang turun puncak 


kalau nak aku cerita satu2 naik atas tuh ade cerun ke, ade batu besar ke, yang tuh kena pergi rase sendiri.. What can i say, i'm really enjoy for this hiking...

Lepas turun dari puncak tuh, kami plan nak pi air terjunnnn. yeahhh. Belum balik CFS, kami singgah jap kat Air Terjun Gabai. Tapi aku tak mandi la.. Almaklumlah bulan pose.. rendam kaki je.. tuh pon dah rase nikmat gile rase air sejuk dari bukit tuh.. haha. Lepas semua dah enjoy kat air terjun tuh kami pon balik CFS.. This is the moment that i need to cherish for the rest of my life..


one of the waterfall


the end. #muahciked





Thursday, July 2, 2015

Iftar Mustadafin di Broga,Semenyih

Salam gaiss..

Sebelum turun untuk bukak puase, sebelum segala memori dalam kepala aku ni hilang, sebelum gambar hilang serinya. ceih dah macam pengantin pulak hilang seri. Kuikuikui.. So, aku nak jugak guna masa ni untuk cerita pengalam pergi broga Sabtu lepas.(27.6.2014)

Perginya kami seramai 20 orang something bukan untuk saje2 berjimba. hahaha. Lebih kurang kepada volunteer kot. Kami pergi ni sebagai penggerak program Iftar Mustadafin Selangor yang dianjurkan oleh satu NGO ni. Nak describe lebih pasal NGO ni pon tak tau banyak sangat sebab baru kenal je and research pon tak habis lagi.. kuikui. Aku salute je NGO ni sanggup mencari penaja untuk menganjur majlis iftar untuk orang terpinggir ni.. Haaa. kan aku ade mention kat atas kami sebagai penggerak program kan.. So, kerja kami pergi round kampung n ajak orang kampung kat sini datang majlis nanti pukul sekian2. Oh lupa nak bagitau, ni sebenarnya perkampungan orang asli. Kalau nak tau lebih lanjut pasal orang asli kat kg ni, tunggu entri yang baru. hhehe. nanti panjang lebar pulak aku nak cerita orang asli kat sini. Banyak cerita yang aku nak bagitau. Pihak penganjur ade menyediakan sumbangan sekapit beras untuk mereka.


Sesi fotografi dengan penduduk kg, penganjur, perasmi dan sebahagian daripada kami. *gambar tak sempat nak filter* kuikui



Sementara aktiviti dijalankan, Abg Wan menyarankan kami buat games untuk kanak-kanak kat sini. Alhamdulillah la dorang enjoy. Sebab sebelum ni Abg Wan bagitau ramai je mahasiswa datang buat program kat sini tapi dorang 'syok sendiri'. Kami hanya plan games yang simple je bersesuaian dengan persekitaran






Hahaha. Rasenya macam setakat ni je boleh cerita nanti ade sambungan pulak untuk malam dan keesokan paginya sebab kesuntukan masa. nak siap-siap untuk iftar. Kang marah pulak orang yang menunggu. k bye. 


Wednesday, July 1, 2015

Ahlan wasahlan to me

Assalamualaikum..


Ini first entri untuk blog ini. hahaha. maklumlah baru terdetik kat hati nak buat blog.. Tujuan utama create blog ni bukan nak jadi popular sebaris dengan famous blogger kat luar sana. hehe. Tapi just nak share cerita, experience and sharing opinions. Since masuk CFS ni banyok bebenor program yang join tapi tak tau nak share kat sape. haha. Rase rugi la pulak pengalaman kite tuh blah macam tuh je dari kotak memori. Cukup je la setakat ni. hahaha. tak tau nak tulis ape. nanti nak curi masa nak update cerita yang latest.. mungkin dua akli ganda panjang dari entri ni. hahahaha

definitely agree
gambar ihsan dari cik google