Friday, March 4, 2016

ASASI di UIA

assalamualaikum...

Rajin pulak aku nak update blog ni.. Sebab terdetik dalam hati nak kasi story mory sikit pasal UIA. maklumla.. result SPM baru keluar. HAHA. why not kalau aku share sikit pasal UIA ni kat junior2 aku. especially junior Tok Bachok (SMKATB). hehehe

ok, straight to the point.. UIA peringkat asasi ni biasenya dipanggil CFS IIUM stands for Centre Foundation Studies IIUM.. bahasa pasar, budak2 kt sini akan panggil CFS je.. Untuk kampus asasi tidak sama dengan kampus untuk degree.. Setakat ni, UIA ade 5 kampus, first dekat Gombak ngan Kuantan. kampus ni adalah untuk students degree dan ade jugak minoriti students asasi(econs). kampus kat Petaling Jaya ngan Gambang pulak untuk students asasi. Dan satu lagi kampus kat Pagoh.. yang ni still under construction.  kampus kat PJ akan tutup tapi tak tau la yang confirm tuh bile, mungkin Jun 2016 takpon Wallahualam. Kampus Gambang tuh pon kampus baru untuk asasi. Tak semua students ade kat sane. Untuk kos kat Gambang sekarang ni; medic, dentist, pharmacy, nursing, physical sc (2nd year students only). Selebihnya masih ade kat PJ. k, habis kat sini cite pasal kampus

welcome to the garden knowledge and virtue


Next, moving to the courses yang ada kat asasi uia.
Ok,, UIA sebenarnya banyak sangat kos asasi. tak silap aku.. semuanya 20 kos.
jap aku list
1. medic
2. dentist
3. pharmacy
4. nursing
5. Allied Health Science (ALLHS)
6. Biological Science (Bio Sc)
7. Physical Science
8. Engineering
9. Architecture (AED)
10. Human Science (HS)
11. BENL (English)
12. BAR (Arabic)
13. ilmu wahyu (IRK)
14. ECONS (akaun)
15. Law
16. English Communication (Encom)
17. Malay Communication (Malcom)
18. Arabic Communication (Arcom)
19. TPM (not sure stands for what.. tapi T tuh untuk tourism. hehe)
20. ICT

k.. banyak kan tuhh.. boleh tahan pilih la adik2.
untuk kos di asasi ni, ade banyak pulak pecahan kat degree. nanti sis belanje gambo sekali dengan requirements die..

hahh. ni gambonye . #part 1

#part 2

yang ni requirement untuk kos kat atas


*gambar ihsan dari twitter. mohon halalkan ye :")*


ok, untuk duration for foundation kat UIA ni.. ade 3 peringkat..
i) setahun
ii) setahun setengah
iii) dua tahun
Yang ni based on EPT (English Placement Test) ngan APT (Arabic Placement Test).
Mungkin ramai yang tak nak masuk UIA sebab arab kan. Sebab banyak je aku baca komen kat twitter ngan facebook, budak2 tak nak masuk UIA sebab TAKUT ARAB. hello brader sister.. apa yang takut sangat.. bahasa arab tak makan orang laa. kita kan ISLAM, bahasa Arab kan bahasa nabi kita :")

Mungkin ade soalan yang tanya, 'kalau kitorang takde basic arab, boleh ke apply UIA.. boleh sangat dikk :)))) kat sini korang belajar basic je.. tersangat la basic :") . lain la kalau korang apply asasi bahasa arab ngan ilmu wahyu. Yang tuh memang tinggi la sikit level die. haha. Untuk yang ade basic arab lagi la korang senang nak exempted APT tuh..

hahh. satu lagi nasihat kat junior lepasan SPM ni.. pilihlah kos untuk UPU kamu tuh memang yang kamu minat dan layak. Bukan sebab nak ikut kawan ke, sebab nak nampak cool ke, sebab mak ayah paksa ke, kalau kamu dah paksa diri kamu di asasi ni,lagi sakit tau kat degree nanti :") .
Pastuh kalau result kamu layak untuk pilih kos yang kamu suka, pilih je kos yang kamu suka tuh. jangan bazirkan dengan kos yang korang rase 'untuk memenuhi ruang'. bile dapat kos 'untuk memenuhi ruang' tuh kamu tak nak, kamu tolak ke tepi. kan dah rugi;')


k. setakat ini je kot,, kalau ade kawan2 seUIA baca entri ni, ade salah silap aku taip, mohon tegur la ye. sori la.. sis tak perfect:')
Ok. UIA di hati. BYEE