Sunday, July 26, 2015

Dari CFS ke Taman Jaya, Petaling Jaya

Salam gais
*sengih sampai telinga*

[0036 hours]
aku nak curi masa kejap. Even duk tengah busy ni, takde mood nak tulis entri ni, sambil tengah buat tuto sekarang ni.. nak jugak kongsi cerita ni.sebelum basi. hehe
Just nak cerita sikit pasal riadah pagi tadi je. hahaha. Planning pon on the spot je. Tut2 pakat setuju semua nak keluar pagi2 pergi Taman Jaya.
Tempat ni memang aku selalu kerap pergi dengan dak2 Gayong je. Kalau bukan mereka siapalah lagi nak ajak aku. huhuhu. (hashtagforeveralone).
Nak cerita briefly je, kot2 ade budak CFSIIUM,PJ tengah2 boring lepas tuh coincedentally search tempat nak lepak kawasan PJ ni sambil2 nak melayan perasaan. Haaa. aku recommend boleh pergi Taman Jaya ni.

kalau tak tau cara nak pergi. Senang je cara die. naik je bas hijau (bas ko hijau. hehe) kalo tak silap, nama bas ni City Bus PJ.. Nak naik bas ni, kite kena tahan sendiri sebab ia tak sama macam bas metro or rapid KL yg die berhenti kat tepi main gate tuh.. Dah naik bas tuh cakap je kat pakcik driver bas tuh nak pi Taman Jaya. SETEL.

hahh. ni bas ko hijau.
*gambar ihsan google*
Kalau sem lepas2 aku pergi Taman Jaya ni tak banyak pon mende aku buat. Sebab pergi dah ade aim, So, bila sampai tuh terus buat je yg nak buat. macam kami pergi main rollerblade. Rollerblade pon ade je servis die; bayaran ikut mase. best wehh. hahaha best part jatuh tuh. kahkah. Tapi kali ni lain. Pergi tanpa hala tuju. Kononnya nak pergi exercise. Tapi kira jadilah sebab keluar peluh beb sebab kami buat banyak aktiviti. hahaha.

ni kenangan sem lepas dengan senior gayong.
main roller blade dengan dorang.
hmm. rinduu :')

Ok. At first sampai tuh, semua pergi terjah buaian, gelongsor, jongkang-jongket n seangkatan waris2 nya. haha. Maklumlah tak ramai sangat orang pagi-pagi. So, tak yah nak berebut bagai dengan budak2. kahkah.
Then, Kami sewa basikal. Bawak round satu taman. Fuhhh. puas hati jugakla.. sebab ingatkan kecik je taman ni.. Tapi agak besar jugakla kalau explore baik2. Eh lupa nak bagitau harga. Kita boleh sewa setengah jam- 5 hinggit. Kalau lebih setengah jam, tak sure la kena bayar berape. Orang bagitau kenatambah 5 hinggit lagi. Tapi bagi aku setengah jam tuh dah cukup untuk bawak basikal round satu taman tuh. Siap racing lagi. muahahaha.

hahhh. geng basikal.
geng racing, hahaha

Lepas tamat masa setengah jam tuh, pergi terjah pulakk gelongsor. kahkah. Lepas tuh kat sana jugak ade equipments macam kat gym. Aku ade la jugak try guna mende ni. hahaha. Habis main tuh layan perasaan kejap buat hilang peluh then kami blah dari situ..
Nah. payung gambar sikit.

haha. hanya ni je kami mampu naik..
Satisfaction.. DONE !
muehehe

ade kisah di sebalik pokok lejen ni.
Tuh je. hehe

Ok, sekian dulu. mat malem gais.






No comments:

Post a Comment