Thursday, July 2, 2015

Iftar Mustadafin di Broga,Semenyih

Salam gaiss..

Sebelum turun untuk bukak puase, sebelum segala memori dalam kepala aku ni hilang, sebelum gambar hilang serinya. ceih dah macam pengantin pulak hilang seri. Kuikuikui.. So, aku nak jugak guna masa ni untuk cerita pengalam pergi broga Sabtu lepas.(27.6.2014)

Perginya kami seramai 20 orang something bukan untuk saje2 berjimba. hahaha. Lebih kurang kepada volunteer kot. Kami pergi ni sebagai penggerak program Iftar Mustadafin Selangor yang dianjurkan oleh satu NGO ni. Nak describe lebih pasal NGO ni pon tak tau banyak sangat sebab baru kenal je and research pon tak habis lagi.. kuikui. Aku salute je NGO ni sanggup mencari penaja untuk menganjur majlis iftar untuk orang terpinggir ni.. Haaa. kan aku ade mention kat atas kami sebagai penggerak program kan.. So, kerja kami pergi round kampung n ajak orang kampung kat sini datang majlis nanti pukul sekian2. Oh lupa nak bagitau, ni sebenarnya perkampungan orang asli. Kalau nak tau lebih lanjut pasal orang asli kat kg ni, tunggu entri yang baru. hhehe. nanti panjang lebar pulak aku nak cerita orang asli kat sini. Banyak cerita yang aku nak bagitau. Pihak penganjur ade menyediakan sumbangan sekapit beras untuk mereka.


Sesi fotografi dengan penduduk kg, penganjur, perasmi dan sebahagian daripada kami. *gambar tak sempat nak filter* kuikui



Sementara aktiviti dijalankan, Abg Wan menyarankan kami buat games untuk kanak-kanak kat sini. Alhamdulillah la dorang enjoy. Sebab sebelum ni Abg Wan bagitau ramai je mahasiswa datang buat program kat sini tapi dorang 'syok sendiri'. Kami hanya plan games yang simple je bersesuaian dengan persekitaran






Hahaha. Rasenya macam setakat ni je boleh cerita nanti ade sambungan pulak untuk malam dan keesokan paginya sebab kesuntukan masa. nak siap-siap untuk iftar. Kang marah pulak orang yang menunggu. k bye. 


No comments:

Post a Comment