Monday, July 17, 2017

TRIP BAJET KE PULAU PERHENTIAN

Hai salam guys.

hehehe dah bersawang dah blog aku dah lama giler tak update. Ade la nak dekat setahun tak bukak langsung. Tujuan aku buat blog ni sebabnye nak share experince aku tiap kali pergi trip mane-mane tapi ye lah busy mengalahkan orang yang paling busy dalam dunia. hahaha
Banyak sangat dah trip lepas yang aku tak share inc Nuang, Trans BAS, Chemerong, XPDC kayak ke Pulau Kapas, trip Irau. Tapi kali ni aku nak share jugak alang2 tengah tanam anggur belakang rumah sementara tunggu sem baru. 

***
Perhentian Island, Terengganu

ok dah habis muqadimah. So ni nak cerita trip ke Pulau Perhentian untuk 3h2m. sebenarnye dah lama plan nak pegi trip perhentian tahun lepas lagi. Sebab tak nak sembang sangat, so kite pon kasi jadi la trip kali ni. Untuk trip kali ni kami pilih pakej dari SeaLife Inn serendah rm190 sorang.
this package inc:
-boat pergi balik dari jeti
-bilik penginapan
-snorkeling 5 points
exc :
-makan minum sepanjang 3h2m (kalau nak, kena tambah lagi duit tapi tak ingat berape. Hehe)
-hiking ke windmill (kalau nak, bayar 20 hinggit untuk boat ke long beach sekali dengan guider)

oh lupa Sealife Inn ni dekat Fisherman Village tapi still kat perhentian kecil. kalau nak detail lagi boleh la cek yourselve kat web sealife  > http://www.perhentiansealifeinn.com/ 


Untuk sesape yang suka suasana kampung, memang aku highly recommend this place and this place tak ramai sangat mat salleh. Tapi kalau nak ke long beach memang kena naik boat mungkin dalam sepuluh minit boleh sampai kat long beach. Harituh kitorang bayar 20 ringgit sorang untuk boat pergi balik. Cuma kalau yang suka mandi pantai rugi la sikit kalau nak duduk kat sini. hehehe. sebab jarang orang mandi kat sini.

Makanan kat sini tak mahal sangat macam berpatutan je. Antara harga yang aku sempat rakam dengan mata aku kat kedai2 sana, burger rm3, roti canai kosong rm2, apam balik rm3 aku rase takde la jauh beza sangat dengan harga dekat darat ni. haha. yang beza pon dalam 50 sen hingga singgit. Tuh pon sekali je kami makan kat kedai hari last sekali untuk breakfast. Sebab kitorang memang bawak bekal dari rumah macam roti, maggi, beras, sardin and one of us ada bawak mini rice cooker so memang jimat habis bab makan.

Untuk First day, kitorang amik boat pukul 12.30 tengah hari dan lebih kurang setengah jam dah sampai kat fisherman village. sampai je terus kitorang check in bilik kat Sealife Inn

ni bilik kitorang selesa sangat ade aircond dengan kipas.
 tapi nampak tak kemas sikit sebab aku amik pic ni bila dah nak checkout. hehe
Sampai je bilik terus bukak makanan yang kitorang bawak, berkelah tepi katil tuh. hahaha. Rehat jap dan solat pastuh pukul 3.30 petang kami ke jeti sebab nak gi hiking ke windmill. Rugila kalau datang perhentian tapi tak hiking ke windmill. dalam 15-20 minit dah boleh sampai kat atas. But seriously it really worth every steps to be there. Mula2 kite akan nampak windmill dulu. Then jalan sikit baru nampak view dari atas. It is very niceee and breathtaking view.

ni lah trek hiking. at first aku ingat naik tangga je nak sampai sane. rupanya masuk hutan gak. haha.
but dont worry sebab trek dia lebih kurang Bukit Kluang je.

Dsebabkan dah pukul 4 lebih kitorang sampai dan pintu pagar dah kunci.
amik gambar dari luar je lah. huhu

tadaaaaa. cantik kan :")
ajet2 poyo kitt

Turun je dari hiking, kitorang terus pegi mandi pantai kat long beach. Mandi kejap lepastuh terus naik boat balik bilik. Ingatkan nak tengok sunset tapi cuaca tak mengizinkan. 
Malam tuh kitorang lepak2 tepi masjid kg nelayan. Masjid kat sana cantik sangat dan baru lagi. tapi tak sempat nak ambik gambar masjid tuh. heheh. lain la kalau duk kat long beach memang 'hidup' la suasana tiap2 malam. Nak tengok pertunjukan api ke apa ke. Tapi orang selalu berpesan suruh jaga diri especially gegirl kalau lepak kat long beach malam2. *faham2 sendiri la kenape ye*

***

Next untuk hari kedua,
Hari kedua ni memang full untuk snorkeling je. Semuanye 5 diff checkpoints: Turtle Point, Shark Point, Coral Point, Light House & Romantic Beach. Sebelum kitorrang pergi ke first point, kami dibawa dulu untuk belajar berenang so tak de la terkapai-kapai tengah laut. hehe. Paling best die ajar benda paling basic which is cara pakai goggle dengan betul nanti takdelah tengah2 mengendap dalam laut, air masuk dalam goggle.

 sampai je kat turtle point, dah boleh jumpa si dia. 
Yang ni ada kat romantic beach. haha. memang romantic tempat die


this one dekat coral point



Tapi dekat Light House kami tak turun dari boat sebab air deras sangat kat situh and guider tak bagi so dapat singgah je kat situh.

tapi kita wat lek wat pis je. 
Disebabkan kitorang snorkeling hari Jumaat tengah hari kami bilik bilik. bagi laluan kat jejaka2 nak gi solat Jumaat then pukul 3.30 petang kami sambung balik. Pukul 6 lebih kire settle untuk semua checkpoints.

***

Hari last, dah takde aktiviti so kami decide nak breakfast kat kampung. Lepas breakfast, jalan2 sikit round kampung. Then, pukul 12 balik ke jeti besut.

Bye Fisherman village. Panjang umur datang lagi.
ok, overall bajet yang habis:
RM190 (pakej SeaLifeInn)
RM 5 (tiket di jeti kuala besut)
RM20 (taxi ke long beach)
RM10 (makan minum)
= RM 225 

Bye... wassalam.