Monday, July 17, 2017

TRIP BAJET KE PULAU PERHENTIAN

Hai salam guys.

hehehe dah bersawang dah blog aku dah lama giler tak update. Ade la nak dekat setahun tak bukak langsung. Tujuan aku buat blog ni sebabnye nak share experince aku tiap kali pergi trip mane-mane tapi ye lah busy mengalahkan orang yang paling busy dalam dunia. hahaha
Banyak sangat dah trip lepas yang aku tak share inc Nuang, Trans BAS, Chemerong, XPDC kayak ke Pulau Kapas, trip Irau. Tapi kali ni aku nak share jugak alang2 tengah tanam anggur belakang rumah sementara tunggu sem baru. 

***
Perhentian Island, Terengganu

ok dah habis muqadimah. So ni nak cerita trip ke Pulau Perhentian untuk 3h2m. sebenarnye dah lama plan nak pegi trip perhentian tahun lepas lagi. Sebab tak nak sembang sangat, so kite pon kasi jadi la trip kali ni. Untuk trip kali ni kami pilih pakej dari SeaLife Inn serendah rm190 sorang.
this package inc:
-boat pergi balik dari jeti
-bilik penginapan
-snorkeling 5 points
exc :
-makan minum sepanjang 3h2m (kalau nak, kena tambah lagi duit tapi tak ingat berape. Hehe)
-hiking ke windmill (kalau nak, bayar 20 hinggit untuk boat ke long beach sekali dengan guider)

oh lupa Sealife Inn ni dekat Fisherman Village tapi still kat perhentian kecil. kalau nak detail lagi boleh la cek yourselve kat web sealife  > http://www.perhentiansealifeinn.com/ 


Untuk sesape yang suka suasana kampung, memang aku highly recommend this place and this place tak ramai sangat mat salleh. Tapi kalau nak ke long beach memang kena naik boat mungkin dalam sepuluh minit boleh sampai kat long beach. Harituh kitorang bayar 20 ringgit sorang untuk boat pergi balik. Cuma kalau yang suka mandi pantai rugi la sikit kalau nak duduk kat sini. hehehe. sebab jarang orang mandi kat sini.

Makanan kat sini tak mahal sangat macam berpatutan je. Antara harga yang aku sempat rakam dengan mata aku kat kedai2 sana, burger rm3, roti canai kosong rm2, apam balik rm3 aku rase takde la jauh beza sangat dengan harga dekat darat ni. haha. yang beza pon dalam 50 sen hingga singgit. Tuh pon sekali je kami makan kat kedai hari last sekali untuk breakfast. Sebab kitorang memang bawak bekal dari rumah macam roti, maggi, beras, sardin and one of us ada bawak mini rice cooker so memang jimat habis bab makan.

Untuk First day, kitorang amik boat pukul 12.30 tengah hari dan lebih kurang setengah jam dah sampai kat fisherman village. sampai je terus kitorang check in bilik kat Sealife Inn

ni bilik kitorang selesa sangat ade aircond dengan kipas.
 tapi nampak tak kemas sikit sebab aku amik pic ni bila dah nak checkout. hehe
Sampai je bilik terus bukak makanan yang kitorang bawak, berkelah tepi katil tuh. hahaha. Rehat jap dan solat pastuh pukul 3.30 petang kami ke jeti sebab nak gi hiking ke windmill. Rugila kalau datang perhentian tapi tak hiking ke windmill. dalam 15-20 minit dah boleh sampai kat atas. But seriously it really worth every steps to be there. Mula2 kite akan nampak windmill dulu. Then jalan sikit baru nampak view dari atas. It is very niceee and breathtaking view.

ni lah trek hiking. at first aku ingat naik tangga je nak sampai sane. rupanya masuk hutan gak. haha.
but dont worry sebab trek dia lebih kurang Bukit Kluang je.

Dsebabkan dah pukul 4 lebih kitorang sampai dan pintu pagar dah kunci.
amik gambar dari luar je lah. huhu

tadaaaaa. cantik kan :")
ajet2 poyo kitt

Turun je dari hiking, kitorang terus pegi mandi pantai kat long beach. Mandi kejap lepastuh terus naik boat balik bilik. Ingatkan nak tengok sunset tapi cuaca tak mengizinkan. 
Malam tuh kitorang lepak2 tepi masjid kg nelayan. Masjid kat sana cantik sangat dan baru lagi. tapi tak sempat nak ambik gambar masjid tuh. heheh. lain la kalau duk kat long beach memang 'hidup' la suasana tiap2 malam. Nak tengok pertunjukan api ke apa ke. Tapi orang selalu berpesan suruh jaga diri especially gegirl kalau lepak kat long beach malam2. *faham2 sendiri la kenape ye*

***

Next untuk hari kedua,
Hari kedua ni memang full untuk snorkeling je. Semuanye 5 diff checkpoints: Turtle Point, Shark Point, Coral Point, Light House & Romantic Beach. Sebelum kitorrang pergi ke first point, kami dibawa dulu untuk belajar berenang so tak de la terkapai-kapai tengah laut. hehe. Paling best die ajar benda paling basic which is cara pakai goggle dengan betul nanti takdelah tengah2 mengendap dalam laut, air masuk dalam goggle.

 sampai je kat turtle point, dah boleh jumpa si dia. 
Yang ni ada kat romantic beach. haha. memang romantic tempat die


this one dekat coral point



Tapi dekat Light House kami tak turun dari boat sebab air deras sangat kat situh and guider tak bagi so dapat singgah je kat situh.

tapi kita wat lek wat pis je. 
Disebabkan kitorang snorkeling hari Jumaat tengah hari kami bilik bilik. bagi laluan kat jejaka2 nak gi solat Jumaat then pukul 3.30 petang kami sambung balik. Pukul 6 lebih kire settle untuk semua checkpoints.

***

Hari last, dah takde aktiviti so kami decide nak breakfast kat kampung. Lepas breakfast, jalan2 sikit round kampung. Then, pukul 12 balik ke jeti besut.

Bye Fisherman village. Panjang umur datang lagi.
ok, overall bajet yang habis:
RM190 (pakej SeaLifeInn)
RM 5 (tiket di jeti kuala besut)
RM20 (taxi ke long beach)
RM10 (makan minum)
= RM 225 

Bye... wassalam.


Saturday, July 16, 2016

Hai Bukit Keluang !!!

Salam guys.
hehe rase macam dah lama tak update entri baru. Sebab ade mende baru yang nak share, so aku rajinkan jari2 aku menari atas keyboard ni. huhu. *boleh kire sastera jugak ayat aku.*.

Ceritanya pasal Bukit Keluang, Besut. Aku rasa majoriti orang kat malaysia ni tau pasal Bukit Keluang sebab die dah famous macam Bukit Broga. oke tujuannya memang la pegi untuk hiking sebab dah lama kot berhajat dihati tetapi tak kesampaian. So, aku dah plan ngan Hajar dan adik aku sorang lagi, lepas raye jom naik terus Bukit, dorang pon memang on and terus kitorang bodek ma. Hahahah. memang sesuai la kitorang pergi hari raya ke3 sebab dah banyak sangat bela lemak di hari raye, maka berhuhu la lemak2 sekalian. hahah.

****

aku just nak cerita short and sweet je. gittew. Sebab mungkin ade orang akan cakap. 'Bukit keluang je pun' tapi ade aku kesah pulak. choii. ok.. bertolak dari rumah dalam 6.45 a.m., setengah jam je dari rumah aku. So kitorang sampai dalam 7.30 pagi  gittew. baki limabelas minit lagi tuh, kitorang singgah kat stesen minyak. sebelum nak pergi hiking. aku ade la tanye member yang selalu hiking kat bukit ni, die bgtau ade dua tempat yng boleh jadi starting. Satu trek die mcm mencabar sikit sebab terlalu cerun and satu lagi trek die biase2. So aku ikut je adik aku yg guide sebab die dah pernah datang sini. hahah. rupanya2 adik aku bawak trek yang senang. lebih kurang seploh minit je gais dah sampai peak*joget2*.*sis khuatir kot2 segala sepupu sepapat kalori tak sempat dinyahkan* tapi trekk ni kena jalan jauh sikit la dari parking kereta (dekat ngan pantai). Yang hari tuh naik Tabur far east rase kejap je tapi acah barai je semua. Yang ni memang lagi kejap dari Tabur Far East. ok sambung part parking tadi, boleh je kalau nak parking dekat starting ni. Tapi tak boleh menikmati bunyi deruan ombak la sambil2 turun bukit .haaa gittew.
lanje gambar view dari atas la. Tapi tak sempat la pulak nak amik gambar bile tengah naik ngan turun bukit. sebab semua tengah tawaddhuk. hahah

ok ni geng bukit keluang untuk first time

oh ye.. aku ade jugak baca yang biasenya orang datang sini nak tengok sunrise atau sunset, memang cantik ni kalau dapat tengok tapi berhuhu la time aku naik hari tuh sebab pagi tuh hujan, then pagi tuh memang kabus la.

hahah. Sebenarnya tak banyak gambo yang kami snap. kalau ade pon maybe tak terdetect sebab banyak sangat gambo dlm fon.

cabaranye, hmm. takde kot. cuma kalau amik yang trek cerun tuh la kena sado sikit segala otot sendi sebab aku turun bukit guna trek ni pon dah rase macam kalau boleh nak terbang je turun. Cerun ngatt aihh. Aku memang fail bab2 turun bukit, hahah selalu jadi orang kat belakang sekali. sebab gayat haaa satu lagi.


So, aku highly recommend for beginners, yang baru nak berjinak2 dalam hiking *cakap mcm otai je* hehe. sebab serious lagi rendah dari Bukit Broga kot. Bukan nak merendah2 tapi nak pupuk minat orang. gitteeeewww. naik gais jangan tak naik. so worth it bcause the view from the peak is soooo niceeeee.
 k lah gerak luhhh. mungkin sedikit hambarism entri kali ni. papepon kalau nk naik tuh ajak la itteww. itew pon nak itott. hahah k mngarut. BYE





















Friday, March 4, 2016

ASASI di UIA

assalamualaikum...

Rajin pulak aku nak update blog ni.. Sebab terdetik dalam hati nak kasi story mory sikit pasal UIA. maklumla.. result SPM baru keluar. HAHA. why not kalau aku share sikit pasal UIA ni kat junior2 aku. especially junior Tok Bachok (SMKATB). hehehe

ok, straight to the point.. UIA peringkat asasi ni biasenya dipanggil CFS IIUM stands for Centre Foundation Studies IIUM.. bahasa pasar, budak2 kt sini akan panggil CFS je.. Untuk kampus asasi tidak sama dengan kampus untuk degree.. Setakat ni, UIA ade 5 kampus, first dekat Gombak ngan Kuantan. kampus ni adalah untuk students degree dan ade jugak minoriti students asasi(econs). kampus kat Petaling Jaya ngan Gambang pulak untuk students asasi. Dan satu lagi kampus kat Pagoh.. yang ni still under construction.  kampus kat PJ akan tutup tapi tak tau la yang confirm tuh bile, mungkin Jun 2016 takpon Wallahualam. Kampus Gambang tuh pon kampus baru untuk asasi. Tak semua students ade kat sane. Untuk kos kat Gambang sekarang ni; medic, dentist, pharmacy, nursing, physical sc (2nd year students only). Selebihnya masih ade kat PJ. k, habis kat sini cite pasal kampus

welcome to the garden knowledge and virtue


Next, moving to the courses yang ada kat asasi uia.
Ok,, UIA sebenarnya banyak sangat kos asasi. tak silap aku.. semuanya 20 kos.
jap aku list
1. medic
2. dentist
3. pharmacy
4. nursing
5. Allied Health Science (ALLHS)
6. Biological Science (Bio Sc)
7. Physical Science
8. Engineering
9. Architecture (AED)
10. Human Science (HS)
11. BENL (English)
12. BAR (Arabic)
13. ilmu wahyu (IRK)
14. ECONS (akaun)
15. Law
16. English Communication (Encom)
17. Malay Communication (Malcom)
18. Arabic Communication (Arcom)
19. TPM (not sure stands for what.. tapi T tuh untuk tourism. hehe)
20. ICT

k.. banyak kan tuhh.. boleh tahan pilih la adik2.
untuk kos di asasi ni, ade banyak pulak pecahan kat degree. nanti sis belanje gambo sekali dengan requirements die..

hahh. ni gambonye . #part 1

#part 2

yang ni requirement untuk kos kat atas


*gambar ihsan dari twitter. mohon halalkan ye :")*


ok, untuk duration for foundation kat UIA ni.. ade 3 peringkat..
i) setahun
ii) setahun setengah
iii) dua tahun
Yang ni based on EPT (English Placement Test) ngan APT (Arabic Placement Test).
Mungkin ramai yang tak nak masuk UIA sebab arab kan. Sebab banyak je aku baca komen kat twitter ngan facebook, budak2 tak nak masuk UIA sebab TAKUT ARAB. hello brader sister.. apa yang takut sangat.. bahasa arab tak makan orang laa. kita kan ISLAM, bahasa Arab kan bahasa nabi kita :")

Mungkin ade soalan yang tanya, 'kalau kitorang takde basic arab, boleh ke apply UIA.. boleh sangat dikk :)))) kat sini korang belajar basic je.. tersangat la basic :") . lain la kalau korang apply asasi bahasa arab ngan ilmu wahyu. Yang tuh memang tinggi la sikit level die. haha. Untuk yang ade basic arab lagi la korang senang nak exempted APT tuh..

hahh. satu lagi nasihat kat junior lepasan SPM ni.. pilihlah kos untuk UPU kamu tuh memang yang kamu minat dan layak. Bukan sebab nak ikut kawan ke, sebab nak nampak cool ke, sebab mak ayah paksa ke, kalau kamu dah paksa diri kamu di asasi ni,lagi sakit tau kat degree nanti :") .
Pastuh kalau result kamu layak untuk pilih kos yang kamu suka, pilih je kos yang kamu suka tuh. jangan bazirkan dengan kos yang korang rase 'untuk memenuhi ruang'. bile dapat kos 'untuk memenuhi ruang' tuh kamu tak nak, kamu tolak ke tepi. kan dah rugi;')


k. setakat ini je kot,, kalau ade kawan2 seUIA baca entri ni, ade salah silap aku taip, mohon tegur la ye. sori la.. sis tak perfect:')
Ok. UIA di hati. BYEE













Tuesday, February 9, 2016

Hiking di Bukit Tabur East

Hai. Salam gais.

 Dah lame menghilang. hari tuh memang nak update blog ni nak sapu sesawang yang dah lama bergantung kat blog ni. Tapi ye lah.. masa tak mengizinkan.

k, next entri ni aku nak share sikit pasal Bukit Tabur East ni. Haha. mungkin orang lain akan cakap 'hek eleh pompuan ni bising je naik tabur east sekali dah nak bising dalam blogger'. Eh suka hati aku la blog aku bukan blog mak bapak kau. memang stail aku kot nak share lepas aku buat something yg aku suka *eh tetiba teremosi pulak* ampun ya bukk.

k, straight to the point terus. Aku baru je naik Tabur east semalam. Sebelum basi, cair ke ape ke cerita aku ni. aku nak semakkan memori dalam blog aku. At least lepas ni kalau aku bukak blogger, baca balik boleh la menggamit memori. gittewww.

ok, sebelum nak hike tuh aku pi tido kat Gombak sebab dekat sikit. lepastuh nak keluar awal pon kire takde masalah sbb Uia Gombak tak macam CFS. hahaha. k, mengutuk sikit kat CFS *x sedar diri, yg diri ni tak habis lagi CFS.* kihkih

Pukul 7 setengah gituh dah bertolak sane. ehh kottt laaa. ke pukul 8. average camtu la.. sampai sana memang tak naik terus, sbb kitorang semua ni memang tak pernah hike kat Tabur East. Cuma Mirah je dah hike Tabur West. *hai mirahh. bangga sikit ade nama awk dlm blog ni*. memang plan nak follow je orang naik tuh.. Sedang kami semangat berjalan menuju ke kaki bukit tuh.. Tetiba kawan jehe sampai. hahaha. memang cun ar.. kalau ikut orang yang tak kenal tuh memang separuh jalan je lah ikutt.. sebab kami ni banyak stesen pulak berenti. hahaha. nanti kene tinggal separuh jalan masing2 la jadi gps.

kalau ikut duration nak sampai puncak yg dbagitau Hakam(kawan jehe) 45-50 minit. Tapi kalau tak silap aku ade ar 2 jam lebih gak. Mungkin kalau tolak dengan masa berenti amik gambo, rehat semua tuh sampai ar sejam setengah tuh * paling lama la kot*. Tapi mane syok weyh hiking tanpa memori. hahaha. Satu lagi kalau yang tak berenti rehat tuh aku tak tau ar.. memang pehh ar kau punya stamina.
pastuh aku recommend kalau nak naik lepas ni better pakai glove sebab mostly memang berharap pada batu yang tajam ar untuk kau panjat. tuh kalau kau sayang sangat tangan. Tapi kalau untuk memori tangan calar sikit macam aku ni tak kisah pon.. sebab tangan yang luka ni boleh je pergi klinik utk dapat ubat sapu. Tapi kalau hati yang luka ni sape yang nak rawat dan nak sapu ubat ape?. eh tetiba berdrama hati luka bagai. Choii aisyahhhh

Bagi aku, nak naik sampai puncak memang semangat haha sebab tak sabar nak dapat hasil die. Tapi nak turun, barai weyhh.. sebab aku ni gayat. sumpah gayattt. kalau boleh nak turun dengan payung terjun.. tapi kalau guna payung terjun takut ter'terjun' ke hati awak la pulak *emoji monyet tutup mata* sebab tuh aku set mind, follow je aisyah selagi kau selamat sampai bawah. haaa memang follow ar, banyak kali gak aku gelongsor guna kasut ni.. kalau boleh nak gelonsor tut tut dah sampai bawah. tapi sembang je lebih nii..

k, share gambo sikitt. biar gambar berbicara...


bile dah nampak view ni memang speechless. tak tau nak describe cane.
dalam hati aku keep saying 'subhanallah'. tapi ni belum
sampai puncak lagi.
oke. ni geng Bukit tabur kali ni..



yg  ni sumpah jeles sbb nak gambo lawa ceni gak tapi
haihh paham2 ler orang gayat cane.
ok yang ni dah sampai puncak.. wehoo

yang ni kalau badan sekeping aku rase memang dah jadi
superman ar sebab angin kuat sangat time ni.

muka tahan panas

ni view from the peak. so nice 


lastly, yang ni kalau sampai puncak, ni lah yang paling hujung.
jatuh yang ni memang innalillah la *nauzubillah*
k, setakat ni ar dulu. aku tulis entri ni pon memalam buta. nak tido esok ade kelas.
Last but not least, thanks again geng tabur. Sorry kalau menyusahkan time nak naik dan nak turun tuh. hahah.




Wednesday, October 14, 2015

PSSGM di hatiku



Hai.. Salam gaiss.
Hari tuh aku tak sempat nak buat sharing moment kan.
Sebab pak gad datang dan aku tak puas hati jugak ar
sebab tak sempat nak share moment ngan korang, hahaha
then, aku ade janji nak tulis dalam blog kan...
So, selamat membaca dan menghayati ye. *ops. tapi ni bukan zainuddin ngan hayati dlm TKVW.*  hahaha
but before that, aku nak mintak maaf kalau ade pape aku tulis ni
buat korang terasa. hehe

ok,.. straight to the point sebab aku masuk PSSGM ni boleh dikatakan 80% sebab Hajar. Aku rase kebanyakan dari korang kan tau yang aku join ni bukan dari first sem . Hajar yang join dulu time first sem. Setiap kali aku pergi bilik die, lepak ngan die, outing dengan die, die selalu cite time latihan silat. die kata best dan tak sabar nak tunggu latihan seterusnya. *kalau korang kat tempat aku, ape yang korang rase* mesti rase nak masuk  jugak kan sampai sebab die kata tak sabar nak tunggu latihan seterusnya. hahaha

So, aku decide nak join time short sem tuh. Bile aku dah join tuh, well memang betul la yang Hajar cakap best. memang kena lah ngan jiwa aku. dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, aku sangat aktif dalam ko-kurikilum. so, bila kat cfs ni dah la tak join ape2 society pon then terdetik gak dalam hati aku, 'why not aku try something new n boleh menyibukkan diri aku' sebab dari kesibukan tuh la aku reti menghargai masa. Nak jadikan cerita time first sem aku, tiap2 malam masa aku spend tuh tak berkualiti sangat. Kadang2 tak tau nak buat ape. pejam celik pejam celik lepas tuh tido.

[SEM 3] hmm. sem ni la sem yang paling tough sangat bagi aku. yang penuh onak berduri, jalan yang berliku2, macam kena harungi lautan yang berapi. Hahahaha. sebab sem ni contact hour aku 28 hours, credit hour pon banyak. dengan English aku tak exempted lagi. dengan banyak subjek nya.. boleh kata tiap2 hari kelas start pukul 8, Kalau class cancel tuh punyalah nikmat die tuh.. sampai tak leh nak describe. unfortunately, sem ni la lecturer rajin dan jarang sangat cancel class. boleh kire dengan jari satu tangan je. Tapi, dalam kepahitan tuh.. ade terselitnya kemanisan. Tanpa sem3 ni mungkin aku takkan kenal korang. Tanpa TEATER, SMAC, RAFEST, FAMILY DAY mungkin aku tak rapat ngan korang. Aku tak expect bila aku join silat ni aku akan dapat family macam ni. aku just nak self-defense je. tuh je tujuan utama aku. Tapi Allah tuh sebaik2 perancang. Die bagi aku ramai kawan macam ni. :')

paling susah untuk move on :')

******

Masing2 ade perangai yang unik. Aku rase kalau aku tak kenal Apip ngan Azam. mungkin aku tak tahu dierang sebenarnye macam th.. HAHAHA. sebab first impression aku same je untuk dua orang ni. orangnye pendiam, pemalu, tak cakap banyak, sopan..dan COMEL(sis menuntut perintah sbb apip suruh) kuikui Tapi aku mampu gelak je untuk semua ni.. HAHAHAHA. miza, anim, fizah ngan husna. empat serumet ni aku akan selalu rindu kat dorang. Nanti kalau ade rezeki, kite jumpa ye. #muahbanyak. lepastuh imah.. classmate aku since masuk CFS. aku banyak kongsi suka duka ngan die. buat esaimen same2, partner lab chem aku. kami lalui pahit getir bersama2 :'). Mus pulak rumet aku since masuk CFS. mungkin die dah tau kelemahan ngan kelebihan aku. Zafran ni bagi aku dulu..sama je macam miza cakap malam tuh.. die ni nampak susah sikit nak bergaul ngan orang. tapi rupanya die boleh je masuk ngan orang. haha. Last2 die la ketua rombongan ajak lepak.

Haha. Sorry guys aku tak sempat nak cerita hal sesorang . Korang bagi aku dah macam sweet sour . Melengkapkan family gayong. Kalau semuanya sopan, baik, selalu aman dan damai, tak macam family la kan. rase macam fake pulak, sebab adik beradik aku sendiri pon selalu je ade yang tak kena.ade selalu je mende yang nak gaduh.. hahahahaha


******

Aku jugak nak mintak maaf kalau selama ni aku ade terkasar bicara ke, kelakuan aku ni membuat korang rase tak senang ke. Kadang2 pendapat aku tak kena ngan korang ke. Honestly aku nak cakap, aku banyak belajar dari silat ni sendiri. belajar untuk bersabar, bertolak ansur, kurangkan penting diri sendiri, belajar untuk berkorban, dan banyak lagi ah.. 

Dan jugak aku nak ucap terima kasih untuk semua yang pernah tolong aku. Zafran yang selalu ajar ilmu silat. Apip yang selalu tolong aku berurusan ngan maintanence, daya bersih. Then Mus yang selalu ajar dalam bab2 study.hehe. Salimah ngan hajar yang selalu ade time nak share cite ape2. Wafi pon aku nak ucap tenkiu sebab hari tuh dah setel masalah fon aku. ni satu2 nye orang yang aku dah hilang kepecayaan. hahahahaha. yang teman pi naik bukit Gasing, farrah, mus, imah, pijah, hajar.Thanks. tanpa korang mungkin tak tau bila lagi nak jejak kat sana.  dan untuk semua lah yang aku tak mention ni.. selalu buat aku gelak dengan lawak2 hambar. HA HA HA. tenkiu so much


geng bukit Gasing

Raye same2. :')

thanks geng naik rooftop same2. haha



ni saje kot untuk sharing moment aku. terima kasih sangat sudi membaca even entri sooo hambar kann. kuikui. Ni pon dah berapa kali edit. dalam tiga empat kali jugak ar..  dan sebenarnye. panjang lagi niii. banyak melalut je, so aku delete balik, type balik.. 

Yang akan ke Gombak, selamat menempuhi alam degree, yang stay kat PJ, kalau ade rezeki, kite jumpa lagi dan nikmatilah saat2 terakhir kat PJ and last but not least yang akan ke Gambang. jom kite same2 teruskan perjuangan kat sana. k, tuh je ayat skema aku. thanks again sudi baca ayat merapu aku ni.. haha bye.

last event kite boleh same2.
cer teka sape raja longkang. kuikui

thanks bebeh :'). Farewell Taman Jaya

explorace untuk tiga generasi
Raye rumah cikgu Selamat




Sunday, July 26, 2015

Dari CFS ke Taman Jaya, Petaling Jaya

Salam gais
*sengih sampai telinga*

[0036 hours]
aku nak curi masa kejap. Even duk tengah busy ni, takde mood nak tulis entri ni, sambil tengah buat tuto sekarang ni.. nak jugak kongsi cerita ni.sebelum basi. hehe
Just nak cerita sikit pasal riadah pagi tadi je. hahaha. Planning pon on the spot je. Tut2 pakat setuju semua nak keluar pagi2 pergi Taman Jaya.
Tempat ni memang aku selalu kerap pergi dengan dak2 Gayong je. Kalau bukan mereka siapalah lagi nak ajak aku. huhuhu. (hashtagforeveralone).
Nak cerita briefly je, kot2 ade budak CFSIIUM,PJ tengah2 boring lepas tuh coincedentally search tempat nak lepak kawasan PJ ni sambil2 nak melayan perasaan. Haaa. aku recommend boleh pergi Taman Jaya ni.

kalau tak tau cara nak pergi. Senang je cara die. naik je bas hijau (bas ko hijau. hehe) kalo tak silap, nama bas ni City Bus PJ.. Nak naik bas ni, kite kena tahan sendiri sebab ia tak sama macam bas metro or rapid KL yg die berhenti kat tepi main gate tuh.. Dah naik bas tuh cakap je kat pakcik driver bas tuh nak pi Taman Jaya. SETEL.

hahh. ni bas ko hijau.
*gambar ihsan google*
Kalau sem lepas2 aku pergi Taman Jaya ni tak banyak pon mende aku buat. Sebab pergi dah ade aim, So, bila sampai tuh terus buat je yg nak buat. macam kami pergi main rollerblade. Rollerblade pon ade je servis die; bayaran ikut mase. best wehh. hahaha best part jatuh tuh. kahkah. Tapi kali ni lain. Pergi tanpa hala tuju. Kononnya nak pergi exercise. Tapi kira jadilah sebab keluar peluh beb sebab kami buat banyak aktiviti. hahaha.

ni kenangan sem lepas dengan senior gayong.
main roller blade dengan dorang.
hmm. rinduu :')

Ok. At first sampai tuh, semua pergi terjah buaian, gelongsor, jongkang-jongket n seangkatan waris2 nya. haha. Maklumlah tak ramai sangat orang pagi-pagi. So, tak yah nak berebut bagai dengan budak2. kahkah.
Then, Kami sewa basikal. Bawak round satu taman. Fuhhh. puas hati jugakla.. sebab ingatkan kecik je taman ni.. Tapi agak besar jugakla kalau explore baik2. Eh lupa nak bagitau harga. Kita boleh sewa setengah jam- 5 hinggit. Kalau lebih setengah jam, tak sure la kena bayar berape. Orang bagitau kenatambah 5 hinggit lagi. Tapi bagi aku setengah jam tuh dah cukup untuk bawak basikal round satu taman tuh. Siap racing lagi. muahahaha.

hahhh. geng basikal.
geng racing, hahaha

Lepas tamat masa setengah jam tuh, pergi terjah pulakk gelongsor. kahkah. Lepas tuh kat sana jugak ade equipments macam kat gym. Aku ade la jugak try guna mende ni. hahaha. Habis main tuh layan perasaan kejap buat hilang peluh then kami blah dari situ..
Nah. payung gambar sikit.

haha. hanya ni je kami mampu naik..
Satisfaction.. DONE !
muehehe

ade kisah di sebalik pokok lejen ni.
Tuh je. hehe

Ok, sekian dulu. mat malem gais.






Sunday, July 12, 2015

Balik Kampung Raye Pose

salam gaiss.

Alhamdulillah balik raya tahun ni awal sikit. hehe. Tak de ar aku bertapa atas bas 15 jam sebab makan jem straweri. kalau hari ni dah cukup 3 hari aku sampai kat rumah.. Balik ni memang feeling cuti raya habis. Buku tuh langsung tak buka lagi. hahahaha. 

Tiap balik cuti raya mesti ade je makanan yang aku mengidam nak makan. ibarat separuh mati la. hahaha. Biaselah mulut ni dah biasa diajar makan makanan kampung. Haha kadang2 tuh bagi makan KFC pon tak rase puas selagi tak dapat makan ape yang aku nak makan .Mungkin boleh dikatakan nafsu jugak. hahahaha. Almaklumlah bulan pose. Tapi kalo makanan ni senang nak jumpa kat KL takde lah melarat sangat sampai balik rumah ni kalau boleh nak cari terus.

First sekali makanan yang aku nak makan sekali SOM TAM. Ramai je kawan-kawan yang duk luar Kelantan ni tak kenal. Mungkin salah satu faktor, makanan ni asal siam.. Asal pon dari siam. So, bahan dia pon mesti lah dari siam. Bukan takde kat sini tapi susah sikit nak jumpa. Mungkin sebab tuh kott. Kalo bab2 siam ni mesti ade yg ragu2 kan. Dont worry guys, it's halal.. Ma aku pernah buat tapi aku tak ingatlah pulak die campak ape. Yang aku tau die guna betik muda, parutkan die lepas tuh kena tumbuk dalam lesung kalo tak silap la. haha. lupa2. Kalo tanye cik Google in shaa Allah dapat.

meh nak payung sikit gambar.
Gambar pon ihsan dari cik google. haha

The second is NASI KERABU. Haha yang ni memang klise la budak2 kelantan di perantauan akan kempunan nak makan.. Memang ade jual nasi kerabu kat bazaar. Kat cafe pon ade tapi tak samaaaa dengan kelate punya. huhuhu #siscuba #sisredha #sisbersyukur. Mungkin tak sama dari segi die sediakan. Contoh ar.. kalau kat Cafe, budu tuh die masak .. haha aku pon tak sure budu ke tumis. tapi time sedap tuh memang sedap. Time kureng tuh.. emm emm emm. boleh la kalo nak makan tuh. sebab tuh la kalo balik tuh mesti ade je bukak pose dengan nasi kerabu, Sebab ma aku dah paham dengan anak2 die ni. muahahahaha. 

yang ni pon ihsan cik google


seterusnya kuih AKOK. Yang ni memang jarang nak jumpa kat sana. kalo jumpa pon rase die tak sama. Sebab sekarang ni susah nak jumpa orang buat dengan cara yang memang pure. Tak guna dapur gas, Tapi guna dapur kayu.. guna sabut kelapa. kalo kena tempat tuh memang umphhhh. haha. Kawan aku pon ade je yang tak kenal kuih ni.. tapi kalo yang tak pernah makan tuh siyes wallahi best cenggini *thumbs up*..

yang akak ni buat cara yang betul..

memang menggoda betul ar.. *sapu mulut*


Setakat balik ni aku just boleh kata 'CRAVING SATISFIED' hahahaha. Alhamdulillah parents aku memahami..