Saturday, July 16, 2016

Hai Bukit Keluang !!!

Salam guys.
hehe rase macam dah lama tak update entri baru. Sebab ade mende baru yang nak share, so aku rajinkan jari2 aku menari atas keyboard ni. huhu. *boleh kire sastera jugak ayat aku.*.

Ceritanya pasal Bukit Keluang, Besut. Aku rasa majoriti orang kat malaysia ni tau pasal Bukit Keluang sebab die dah famous macam Bukit Broga. oke tujuannya memang la pegi untuk hiking sebab dah lama kot berhajat dihati tetapi tak kesampaian. So, aku dah plan ngan Hajar dan adik aku sorang lagi, lepas raye jom naik terus Bukit, dorang pon memang on and terus kitorang bodek ma. Hahahah. memang sesuai la kitorang pergi hari raya ke3 sebab dah banyak sangat bela lemak di hari raye, maka berhuhu la lemak2 sekalian. hahah.

****

aku just nak cerita short and sweet je. gittew. Sebab mungkin ade orang akan cakap. 'Bukit keluang je pun' tapi ade aku kesah pulak. choii. ok.. bertolak dari rumah dalam 6.45 a.m., setengah jam je dari rumah aku. So kitorang sampai dalam 7.30 pagi  gittew. baki limabelas minit lagi tuh, kitorang singgah kat stesen minyak. sebelum nak pergi hiking. aku ade la tanye member yang selalu hiking kat bukit ni, die bgtau ade dua tempat yng boleh jadi starting. Satu trek die mcm mencabar sikit sebab terlalu cerun and satu lagi trek die biase2. So aku ikut je adik aku yg guide sebab die dah pernah datang sini. hahah. rupanya2 adik aku bawak trek yang senang. lebih kurang seploh minit je gais dah sampai peak*joget2*.*sis khuatir kot2 segala sepupu sepapat kalori tak sempat dinyahkan* tapi trekk ni kena jalan jauh sikit la dari parking kereta (dekat ngan pantai). Yang hari tuh naik Tabur far east rase kejap je tapi acah barai je semua. Yang ni memang lagi kejap dari Tabur Far East. ok sambung part parking tadi, boleh je kalau nak parking dekat starting ni. Tapi tak boleh menikmati bunyi deruan ombak la sambil2 turun bukit .haaa gittew.
lanje gambar view dari atas la. Tapi tak sempat la pulak nak amik gambar bile tengah naik ngan turun bukit. sebab semua tengah tawaddhuk. hahah

ok ni geng bukit keluang untuk first time

oh ye.. aku ade jugak baca yang biasenya orang datang sini nak tengok sunrise atau sunset, memang cantik ni kalau dapat tengok tapi berhuhu la time aku naik hari tuh sebab pagi tuh hujan, then pagi tuh memang kabus la.

hahah. Sebenarnya tak banyak gambo yang kami snap. kalau ade pon maybe tak terdetect sebab banyak sangat gambo dlm fon.

cabaranye, hmm. takde kot. cuma kalau amik yang trek cerun tuh la kena sado sikit segala otot sendi sebab aku turun bukit guna trek ni pon dah rase macam kalau boleh nak terbang je turun. Cerun ngatt aihh. Aku memang fail bab2 turun bukit, hahah selalu jadi orang kat belakang sekali. sebab gayat haaa satu lagi.


So, aku highly recommend for beginners, yang baru nak berjinak2 dalam hiking *cakap mcm otai je* hehe. sebab serious lagi rendah dari Bukit Broga kot. Bukan nak merendah2 tapi nak pupuk minat orang. gitteeeewww. naik gais jangan tak naik. so worth it bcause the view from the peak is soooo niceeeee.
 k lah gerak luhhh. mungkin sedikit hambarism entri kali ni. papepon kalau nk naik tuh ajak la itteww. itew pon nak itott. hahah k mngarut. BYE





















Friday, March 4, 2016

ASASI di UIA

assalamualaikum...

Rajin pulak aku nak update blog ni.. Sebab terdetik dalam hati nak kasi story mory sikit pasal UIA. maklumla.. result SPM baru keluar. HAHA. why not kalau aku share sikit pasal UIA ni kat junior2 aku. especially junior Tok Bachok (SMKATB). hehehe

ok, straight to the point.. UIA peringkat asasi ni biasenya dipanggil CFS IIUM stands for Centre Foundation Studies IIUM.. bahasa pasar, budak2 kt sini akan panggil CFS je.. Untuk kampus asasi tidak sama dengan kampus untuk degree.. Setakat ni, UIA ade 5 kampus, first dekat Gombak ngan Kuantan. kampus ni adalah untuk students degree dan ade jugak minoriti students asasi(econs). kampus kat Petaling Jaya ngan Gambang pulak untuk students asasi. Dan satu lagi kampus kat Pagoh.. yang ni still under construction.  kampus kat PJ akan tutup tapi tak tau la yang confirm tuh bile, mungkin Jun 2016 takpon Wallahualam. Kampus Gambang tuh pon kampus baru untuk asasi. Tak semua students ade kat sane. Untuk kos kat Gambang sekarang ni; medic, dentist, pharmacy, nursing, physical sc (2nd year students only). Selebihnya masih ade kat PJ. k, habis kat sini cite pasal kampus

welcome to the garden knowledge and virtue


Next, moving to the courses yang ada kat asasi uia.
Ok,, UIA sebenarnya banyak sangat kos asasi. tak silap aku.. semuanya 20 kos.
jap aku list
1. medic
2. dentist
3. pharmacy
4. nursing
5. Allied Health Science (ALLHS)
6. Biological Science (Bio Sc)
7. Physical Science
8. Engineering
9. Architecture (AED)
10. Human Science (HS)
11. BENL (English)
12. BAR (Arabic)
13. ilmu wahyu (IRK)
14. ECONS (akaun)
15. Law
16. English Communication (Encom)
17. Malay Communication (Malcom)
18. Arabic Communication (Arcom)
19. TPM (not sure stands for what.. tapi T tuh untuk tourism. hehe)
20. ICT

k.. banyak kan tuhh.. boleh tahan pilih la adik2.
untuk kos di asasi ni, ade banyak pulak pecahan kat degree. nanti sis belanje gambo sekali dengan requirements die..

hahh. ni gambonye . #part 1

#part 2

yang ni requirement untuk kos kat atas


*gambar ihsan dari twitter. mohon halalkan ye :")*


ok, untuk duration for foundation kat UIA ni.. ade 3 peringkat..
i) setahun
ii) setahun setengah
iii) dua tahun
Yang ni based on EPT (English Placement Test) ngan APT (Arabic Placement Test).
Mungkin ramai yang tak nak masuk UIA sebab arab kan. Sebab banyak je aku baca komen kat twitter ngan facebook, budak2 tak nak masuk UIA sebab TAKUT ARAB. hello brader sister.. apa yang takut sangat.. bahasa arab tak makan orang laa. kita kan ISLAM, bahasa Arab kan bahasa nabi kita :")

Mungkin ade soalan yang tanya, 'kalau kitorang takde basic arab, boleh ke apply UIA.. boleh sangat dikk :)))) kat sini korang belajar basic je.. tersangat la basic :") . lain la kalau korang apply asasi bahasa arab ngan ilmu wahyu. Yang tuh memang tinggi la sikit level die. haha. Untuk yang ade basic arab lagi la korang senang nak exempted APT tuh..

hahh. satu lagi nasihat kat junior lepasan SPM ni.. pilihlah kos untuk UPU kamu tuh memang yang kamu minat dan layak. Bukan sebab nak ikut kawan ke, sebab nak nampak cool ke, sebab mak ayah paksa ke, kalau kamu dah paksa diri kamu di asasi ni,lagi sakit tau kat degree nanti :") .
Pastuh kalau result kamu layak untuk pilih kos yang kamu suka, pilih je kos yang kamu suka tuh. jangan bazirkan dengan kos yang korang rase 'untuk memenuhi ruang'. bile dapat kos 'untuk memenuhi ruang' tuh kamu tak nak, kamu tolak ke tepi. kan dah rugi;')


k. setakat ini je kot,, kalau ade kawan2 seUIA baca entri ni, ade salah silap aku taip, mohon tegur la ye. sori la.. sis tak perfect:')
Ok. UIA di hati. BYEE













Tuesday, February 9, 2016

Hiking di Bukit Tabur East

Hai. Salam gais.

 Dah lame menghilang. hari tuh memang nak update blog ni nak sapu sesawang yang dah lama bergantung kat blog ni. Tapi ye lah.. masa tak mengizinkan.

k, next entri ni aku nak share sikit pasal Bukit Tabur East ni. Haha. mungkin orang lain akan cakap 'hek eleh pompuan ni bising je naik tabur east sekali dah nak bising dalam blogger'. Eh suka hati aku la blog aku bukan blog mak bapak kau. memang stail aku kot nak share lepas aku buat something yg aku suka *eh tetiba teremosi pulak* ampun ya bukk.

k, straight to the point terus. Aku baru je naik Tabur east semalam. Sebelum basi, cair ke ape ke cerita aku ni. aku nak semakkan memori dalam blog aku. At least lepas ni kalau aku bukak blogger, baca balik boleh la menggamit memori. gittewww.

ok, sebelum nak hike tuh aku pi tido kat Gombak sebab dekat sikit. lepastuh nak keluar awal pon kire takde masalah sbb Uia Gombak tak macam CFS. hahaha. k, mengutuk sikit kat CFS *x sedar diri, yg diri ni tak habis lagi CFS.* kihkih

Pukul 7 setengah gituh dah bertolak sane. ehh kottt laaa. ke pukul 8. average camtu la.. sampai sana memang tak naik terus, sbb kitorang semua ni memang tak pernah hike kat Tabur East. Cuma Mirah je dah hike Tabur West. *hai mirahh. bangga sikit ade nama awk dlm blog ni*. memang plan nak follow je orang naik tuh.. Sedang kami semangat berjalan menuju ke kaki bukit tuh.. Tetiba kawan jehe sampai. hahaha. memang cun ar.. kalau ikut orang yang tak kenal tuh memang separuh jalan je lah ikutt.. sebab kami ni banyak stesen pulak berenti. hahaha. nanti kene tinggal separuh jalan masing2 la jadi gps.

kalau ikut duration nak sampai puncak yg dbagitau Hakam(kawan jehe) 45-50 minit. Tapi kalau tak silap aku ade ar 2 jam lebih gak. Mungkin kalau tolak dengan masa berenti amik gambo, rehat semua tuh sampai ar sejam setengah tuh * paling lama la kot*. Tapi mane syok weyh hiking tanpa memori. hahaha. Satu lagi kalau yang tak berenti rehat tuh aku tak tau ar.. memang pehh ar kau punya stamina.
pastuh aku recommend kalau nak naik lepas ni better pakai glove sebab mostly memang berharap pada batu yang tajam ar untuk kau panjat. tuh kalau kau sayang sangat tangan. Tapi kalau untuk memori tangan calar sikit macam aku ni tak kisah pon.. sebab tangan yang luka ni boleh je pergi klinik utk dapat ubat sapu. Tapi kalau hati yang luka ni sape yang nak rawat dan nak sapu ubat ape?. eh tetiba berdrama hati luka bagai. Choii aisyahhhh

Bagi aku, nak naik sampai puncak memang semangat haha sebab tak sabar nak dapat hasil die. Tapi nak turun, barai weyhh.. sebab aku ni gayat. sumpah gayattt. kalau boleh nak turun dengan payung terjun.. tapi kalau guna payung terjun takut ter'terjun' ke hati awak la pulak *emoji monyet tutup mata* sebab tuh aku set mind, follow je aisyah selagi kau selamat sampai bawah. haaa memang follow ar, banyak kali gak aku gelongsor guna kasut ni.. kalau boleh nak gelonsor tut tut dah sampai bawah. tapi sembang je lebih nii..

k, share gambo sikitt. biar gambar berbicara...


bile dah nampak view ni memang speechless. tak tau nak describe cane.
dalam hati aku keep saying 'subhanallah'. tapi ni belum
sampai puncak lagi.
oke. ni geng Bukit tabur kali ni..



yg  ni sumpah jeles sbb nak gambo lawa ceni gak tapi
haihh paham2 ler orang gayat cane.
ok yang ni dah sampai puncak.. wehoo

yang ni kalau badan sekeping aku rase memang dah jadi
superman ar sebab angin kuat sangat time ni.

muka tahan panas

ni view from the peak. so nice 


lastly, yang ni kalau sampai puncak, ni lah yang paling hujung.
jatuh yang ni memang innalillah la *nauzubillah*
k, setakat ni ar dulu. aku tulis entri ni pon memalam buta. nak tido esok ade kelas.
Last but not least, thanks again geng tabur. Sorry kalau menyusahkan time nak naik dan nak turun tuh. hahah.