Tuesday, February 9, 2016

Hiking di Bukit Tabur East

Hai. Salam gais.

 Dah lame menghilang. hari tuh memang nak update blog ni nak sapu sesawang yang dah lama bergantung kat blog ni. Tapi ye lah.. masa tak mengizinkan.

k, next entri ni aku nak share sikit pasal Bukit Tabur East ni. Haha. mungkin orang lain akan cakap 'hek eleh pompuan ni bising je naik tabur east sekali dah nak bising dalam blogger'. Eh suka hati aku la blog aku bukan blog mak bapak kau. memang stail aku kot nak share lepas aku buat something yg aku suka *eh tetiba teremosi pulak* ampun ya bukk.

k, straight to the point terus. Aku baru je naik Tabur east semalam. Sebelum basi, cair ke ape ke cerita aku ni. aku nak semakkan memori dalam blog aku. At least lepas ni kalau aku bukak blogger, baca balik boleh la menggamit memori. gittewww.

ok, sebelum nak hike tuh aku pi tido kat Gombak sebab dekat sikit. lepastuh nak keluar awal pon kire takde masalah sbb Uia Gombak tak macam CFS. hahaha. k, mengutuk sikit kat CFS *x sedar diri, yg diri ni tak habis lagi CFS.* kihkih

Pukul 7 setengah gituh dah bertolak sane. ehh kottt laaa. ke pukul 8. average camtu la.. sampai sana memang tak naik terus, sbb kitorang semua ni memang tak pernah hike kat Tabur East. Cuma Mirah je dah hike Tabur West. *hai mirahh. bangga sikit ade nama awk dlm blog ni*. memang plan nak follow je orang naik tuh.. Sedang kami semangat berjalan menuju ke kaki bukit tuh.. Tetiba kawan jehe sampai. hahaha. memang cun ar.. kalau ikut orang yang tak kenal tuh memang separuh jalan je lah ikutt.. sebab kami ni banyak stesen pulak berenti. hahaha. nanti kene tinggal separuh jalan masing2 la jadi gps.

kalau ikut duration nak sampai puncak yg dbagitau Hakam(kawan jehe) 45-50 minit. Tapi kalau tak silap aku ade ar 2 jam lebih gak. Mungkin kalau tolak dengan masa berenti amik gambo, rehat semua tuh sampai ar sejam setengah tuh * paling lama la kot*. Tapi mane syok weyh hiking tanpa memori. hahaha. Satu lagi kalau yang tak berenti rehat tuh aku tak tau ar.. memang pehh ar kau punya stamina.
pastuh aku recommend kalau nak naik lepas ni better pakai glove sebab mostly memang berharap pada batu yang tajam ar untuk kau panjat. tuh kalau kau sayang sangat tangan. Tapi kalau untuk memori tangan calar sikit macam aku ni tak kisah pon.. sebab tangan yang luka ni boleh je pergi klinik utk dapat ubat sapu. Tapi kalau hati yang luka ni sape yang nak rawat dan nak sapu ubat ape?. eh tetiba berdrama hati luka bagai. Choii aisyahhhh

Bagi aku, nak naik sampai puncak memang semangat haha sebab tak sabar nak dapat hasil die. Tapi nak turun, barai weyhh.. sebab aku ni gayat. sumpah gayattt. kalau boleh nak turun dengan payung terjun.. tapi kalau guna payung terjun takut ter'terjun' ke hati awak la pulak *emoji monyet tutup mata* sebab tuh aku set mind, follow je aisyah selagi kau selamat sampai bawah. haaa memang follow ar, banyak kali gak aku gelongsor guna kasut ni.. kalau boleh nak gelonsor tut tut dah sampai bawah. tapi sembang je lebih nii..

k, share gambo sikitt. biar gambar berbicara...


bile dah nampak view ni memang speechless. tak tau nak describe cane.
dalam hati aku keep saying 'subhanallah'. tapi ni belum
sampai puncak lagi.
oke. ni geng Bukit tabur kali ni..



yg  ni sumpah jeles sbb nak gambo lawa ceni gak tapi
haihh paham2 ler orang gayat cane.
ok yang ni dah sampai puncak.. wehoo

yang ni kalau badan sekeping aku rase memang dah jadi
superman ar sebab angin kuat sangat time ni.

muka tahan panas

ni view from the peak. so nice 


lastly, yang ni kalau sampai puncak, ni lah yang paling hujung.
jatuh yang ni memang innalillah la *nauzubillah*
k, setakat ni ar dulu. aku tulis entri ni pon memalam buta. nak tido esok ade kelas.
Last but not least, thanks again geng tabur. Sorry kalau menyusahkan time nak naik dan nak turun tuh. hahah.




No comments:

Post a Comment